Berita

Fingo Sasar Transaksi RM3b Pada 2020 Termasuk Indonesia

  Sabtu, 14 Maret 2020 |    Berita

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang terbaharu, Fingo, menyasarkan transaksi jualan sebanyak RM3 bilion menjelang 2020 di pasaran tempatan, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Ketua Wakil Perniagaannya, Yujiao Kong, berkata sasaran itu akan dipacu oleh penawaran lebih banyak produk tempatan berbanding luar negara.

Beliau berkata, ketika ini Fingo merekodkan transaksi jualan sebanyak RM200,000 sehari.

“Ketika ini, sebanyak 12,000 produk baru ditawarkan dalam usaha memenuhi keperluan ahli membeli-belah.

“Pada masa sama, syarikat menyasarkan sebanyak 30,000 produk akan dipasarkan di Fingo pada 2020,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika ini produk yang ditawarkan Fingo adalah 80 peratus kebanyakan daripada China dan bakinya adalah jenama tempatan.

“Kami meletakkan sasaran untuk menawarkan lebih banyak produk tempatan dengan nisbah 50:50 pada tahun depan.

“Ini bagi membolehkan proses penghantaran barangan lebih cepat kepada pengguna,” katanya.

Kong berkata, syarikat mensasarkan untuk terus meneroka pasaran e-dagang secara agresif yang semakin berkembang di negara ini selain meraih peluang perniagaan besar di rantau ASEAN.

“Kami juga kini memiliki gudang di Sabah dan Sarawak dalam usaha memberi perkhidmatan pantas kepada pengguna di sana.

“Pada masa sama, Fingo akan memasuki pasaran Indonesia pada Mac tahun depan dalam usaha memperluaskan pasaran di negara Asia Tenggara,” katanya.

Operator pasaran e-dagang itu mencipta kejayaan luar biasa apabila mencatat keahlian seramai 650,000 pengguna hanya selepas empat bulan beroperasi di pasaran.

Daripada jumlah itu, seramai 97,500 pengguna adalah preferred shopper (pembeli pilihan) iaitu pengguna aktif.

Majls pelancaran Fingo disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming pada Julai lalu.

sumber: https://www.bharian.com.my

Berita Lainnya

Kini Upgrade PS Bisa Dengan Beli Produk Seharga RM99 (Rp. 380 Ribu)

Read More »

Tiga Orang Mantan Anak Buah Jack Ma Mendirikan Fingo, Segera Masuk Indonesia

Read More »

Saat Pandemi Covid-19, Omset Fingo Malaysia Malah Naik 200%

Read More »

Peluang Marketplace Dari Aplikasi Fingo Masuk Pasar Indonesia

Read More »

Kirim WhatsappDaftar Fingo Gratis