Berita

Saat Pandemi Covid-19, Omset Fingo Malaysia Malah Naik 200%

  Jumat, 24 April 2020 |    Berita

KUALA LUMPUR, 20 April  -- Pengendali pasaran e-dagang sosial Fingo Group Ltd menerusi anak syarikatnya, Fingo Malaysia Sdn Bhd, berjaya mencatat peningkatan jualan dalam talian sebanyak 150 peratus hingga 200 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas, berbanding bulan sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Jack Yi berkata pencapaian itu membuktikan populariti aplikasi beli-belah dalam talian Fingo berikutan kemudahan serta penjimatan yang ditawarkan.
“Kami percaya e-dagang sosial itu tidak hanya unik dari segi meningkatkan pengalaman beli-belah dalam talian, tetapi turut menjadi satu gaya hidup yang menghubungkan orang ramai.
“Dalam krisis global ini, Fingo juga seiring dengan Malaysia bagi memastikan kestabilan perkhidmatan beli-belah dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fingo juga berada di landasan tepat dengan mempunyai keahlian lebih 5,000,000 pengguna dalam tempoh hanya 12 bulan di pasaran.

Bilangan itu termasuk lebih 500,000 Pembeli Utama yang boleh meraih pendapatan menarik dari Fingo menerusi sistem unik perolehan semula tunai sepanjang tempoh pandemik itu.
“Sejajar dengan pertumbuhan pesat itu, kami turut mendapat dorongan oleh rakan logistik tempatan yang meningkatkan kapasiti mereka untuk mengendalikan lebih banyak pesanan serta memendekkan tempoh penghantaran,” katanya.

Malah, pertumbuhan Fingo itu juga merupakan berita baik bagi pembekal tempatan yang setakat ini menawarkan lebih 100,000 produk, termasuk 20 peratus yang dihasilkan di peringkat tempatan.
Fingo yang memiliki rangkaian rentas sempadan ASEAN yang luas, juga menyasarkan untuk menghubungkan peniaga dan pengeluar Malaysia ke pasaran dalam talian serantau menerusi cabang e-niaganya.

Pada masa sama, Fingo yang boleh dihubungkan menerusi rangkaian sosial utama seperti Whatsapp, Facebook dan Instagram, sekali gus dapat mengembangkan jangkauan perniagaan dan pengguna.
Syarikat itu turut merancang untuk meneroka pasaran e-dagang yang pesat  selain memanfaatkan peluang perniagaan yang besar di rantau ASEAN.


-- BERNAMA

Berita Lainnya

Peluang Marketplace Dari Aplikasi Fingo Masuk Pasar Indonesia

Read More »

Tiga Orang Mantan Anak Buah Jack Ma Mendirikan Fingo, Segera Masuk Indonesia

Read More »

Fingo Sasar Transaksi RM3b Pada 2020 Termasuk Indonesia

Read More »

Fingo, Marketplace Yang Bagikan Komisi Puluhan Juta Perbulan

Read More »

Kirim WhatsappDaftar Fingo Gratis